Thursday 27 August 2015

Keluarga Pecahkan Kubur Setelah Mengetahui Anak Perempuan Mereka yang Ditanam Masih Hidup, Tapi…

Saudara-mara seorang ramaja Honduras yang mati ketika hamil tiga bulan, pecahkankubur serta kerandanya selepas mendakwa terdengar bunyi ketukan dalam keranda itu membuatkan mereka percaya remaja berkenaan masih hidup.
Remaja itu, Nelsy Perez, 16, dikejarkan ke klinik terbaring dalam keranda, berpakaian gaun pengantin yang sepatutnya dipakai untuk majlis perkahwinan dengan lelaki yang menjadi bapa bayi dalam kandungannya.

Namun, doktor menegaskan tidak menemui sebarang tanda remaja itu masih hidup.
Menurut saudara-mara remaja itu, mereka mendapati ada tanda pergelutan dengan panel kaca keranda pecah serta calar-calar pada jarinya.
Rakaman video kejadian itu yang berlaku awal Julai lalu, di Copan, barat Honduras, namun mula disiarkan stesen televisyen negara itu mulai semalam.
Keluarga Pecahkan Kubur Setelah Mengetahui Anak Perempuan Mereka yang Ditanam Masih Hidup, Tapi...
Keluarga Pecahkan Kubur Setelah Mengetahui Anak Perempuan Mereka yang Ditanam Masih Hidup, Tapi…
Rakaman itu menunjukkan orang ramai berkumpul di sekeliling kubur Nelsy ketika seorang remaja memecahkan konkrit kubur untuk menarik keluar kerandanya.
Menurut keluarga remaja itu, Nelsy yang tiga bulan hamil, tiba-tiba sakit dan mereka mengesyaki dia dirasuk lalu meminta pertolongan seorang paderi.
“Paderi memintanya menyebut tuhan tetapi dia enggan. Suara yang keluar dari mulutnya bukan suaranya,” kata bakal suami Nelsy, Rody Gonzales, kepada stesen televisyen Univision.
Mereka membawanya ke hospital dan beberapa jam kemudian doktor mengesahkan Nelsy meninggal dunia.
Sehari selepas dikebumikan, Gonzales melawat kuburnya dan terdengar ketukan dalamkubur dan pekerja di perkuburan itu juga mendengar ketukan.
Keluarganya yakin Nelsy sebenarnya masih hidup kerana selepas keranda dibuka, mereka mendakwa tubuh remaja itu tidak berbau busuk selain warna kulitnya tidak berubah.
“Dia tidak berbau busuk, tubuhnya kelihatan normal,” kata ibu saudaranya Gladys Gutierrez.
Doktor yang mengesahkan kematiannya, Claudia Lopez, berkata ujian menunjukkan Nelsy memang sudah mati.
“Kami membuat semua ujian yang menunjukkan remaja perempuan itu sudah meninggal dunia. Mereka memasukkannya ke dalam keranda dan membawanya kembali ke kubur,” katanya.
Keluarganya percaya jantung Nelsy berhenti sementara menyebabkan doktor mengesahkan dia sudah mati dan ketika dikebumikan, dia masih hidup.
Remaja itu dipercayai tersedar apabila jantungnya kembali berfungsi tetapi meninggal dunia akibat kekurangan oksigen dalam keranda.
Sepupunya, Carolina Perez, berkata: “Selepas dia dikeluarkan dari keranda, saya dapati tubuhnya masih panas ketika disentuh. Malah saya dapat merasai degupan jantungnya yang lemah.
“Ada calar pada dahi dan jarinya seolah-olah dia cuba keluar dari keranda.”
Ibu remaja itu, Maria Gutierrez, amat yakin anaknya masih hidup ketika dikebumikan dan menyalahkan doktor yang mengesah serta menanda tangani sijil kematiannya. – The Guardian
Sumber : Metro

No comments:

Post a Comment