Tuesday 25 August 2015

3 REMAJA SETAN PERKOSA KANAK KANAK BERUMUR 8 TAHUN HARUS DIHUKUM BERAT !!!!

 
KUALA LUMPUR - Usia mereka masih muda, namun tiga remaja lelaki belasan tahun tergamak memperkosa seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun selain mengugut akan memukul mangsa jika dia menceritakan apa yang dilakukan mereka kepada keluarganya.
Difahamkan, perbuatan jijik tiga remaja terbabit bukan kali pertama, sebaliknya sudah beberapa kali memperkosa kanak-kanak terbabit dan setiap kali dia akan diugut pukul jika membocorkan rahsia.
Kebiasaannya mereka akan melakukan perbuatan itu di sekitar kawasan perumahan di Wangsa Maju dan selepas selesai suspek akan mengarahkan mangsa pulang ke rumah.
Bagaimanapun, tembelang mereka terbongkar apabila beberapa remaja lelaki yang juga tinggal di kawasan terbabit mengetahui kejadian itu selepas mangsa mengadu menyebabkan mereka mencari suspek dan membawanya bersemuka dengan ibu mangsa Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, remaja lelaki yang juga jiran mangsa membawa kanak-kanak itu berjumpa dengan ibunya dan meminta kanak-kanak terbabit menceritakan perkara yang berlaku.
Menurut sumber, mangsa yang ketakutan kemudian menceritakan bagaimana dia diperkosa suspek menyebabkan ibunya terkejut tambahan mengetahui kejadian itu bukan kali pertama berlaku.
“Malah, anaknya memberitahu kali terakhir diperkosa pada 19 Ogos lalu menyebabkan ibunya hanya mampu menangis sebelum membuat laporan polis,” katanya, lapor Hmetro.


No comments:

Post a Comment