Monday 31 August 2015

Masih ingat penyanyi dari Indonesia Tegar, inilah wajah terkini beliau benar-benar mengejutkan kami


Tegar pernah popular dengan lagu aku yang dulu bukanlah yang sekarang kini beliau sedang meningkatkan remaja. Dibawah kami kongsikan wajah terbaru beliau dan video lagu terbarunya.


V


V


V


V


V


V


V


V


V


V


V


V


V


V


V


V


V


V


V


V


V


V


V


V


V


V


V


V


V


V


V


V



Ngeri! Bapa ‘Lenyek’ Anak Ketika Mengundur Kereta (Video)







Menginsafkan Video Pengalaman selama 20 minit sebagai jenazah dalam liang lahad Yang Harus Ditonton






  
  

Ibu Tunduk Menangis Sambil Mengutip Cebisan-Cebisan Daging Dan Otak Anak Lelakinya



Wajib Baca ! Hati-Hatilah Jika Ada Tanda Seperti Ini Di Bahagian Belakang Leher Anda !!!





Kenapa Anak-Anak Harus Diasingkan Tempat Tidur


Walaupun anak-anak ini kelihatan begitu lena, namun kita tidak dapat menjamin bahawa mereka tidak akan tersedar sehingga ke pagi. Maka berwaspadalah sentiasa!

Pendidikan seks, apa yang anda fikirkan apabila disebut perkataan ini? Ramai yang rasa ia adalah satu perkara yang lucah dan memalukan. Namun, ketika saya ingin menulis tentang mengasingkan anak tidur dari ibu bapa, saya menyelak buku Pendidikan Anak-Anak Islam tulisan Dr Nasih Ulwan. Saya dapati, Dr Nasih Ulwan telah menerangkan tentang perkara terbut di dalam satu bab yang panjang iaitu bab pendidikan seks. 



Setelah diteliti, ternyata bahawa pendidikan seks di dalam keluarga islam sangat-sangat dipentingkan untuk menjaga anak-anak dari terdedah kepada gejala sosial yang amat membimbangkan sebagaimana yang berlaku di dalam masyarakat pada masa kini.

Melihat kepada gejala sosial yang berlaku kini seperti penzinaan, pembuangan anak, seks di luar tabii dan banyak lagi jenayah yang berlaku di kalangan remaja Islam, saya merasakan bahawa pendidikan seks di dalam Islam yang banyak berkisar kepada penjagaan aurat dan adab-adab sesama ahli keluarga dan individu lain perlulah ditekankan oleh ibu bapa sejak anak-anak masih kecil

Memetik sebuah ayat alquran dari surah An-Nur ayat 58 

“Hai orang-orang yang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kamu miliki, dan orang-orang yang belum baligh di antara kamu, meminta izin kepada kamu tiga kali (dalam satu hari) yaitu: sebelum sembahyang subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian (luar) mu di tengah hari dan sesudah sembahyang Isya. (Itulah) tiga 'aurat bagi kamu. Tidak ada dosa atasmu dan tidak (pula) atas mereka selain dari (tiga waktu) itu. Mereka melayani kamu, sebahagian kamu (ada keperluan) kepada sebahagian (yang lain). Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat bagi kamu. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”


Daripada ayat di atas, Allah telah membimbing tentang asas pendidikan di dalam rumah. Maka sejak kecil lagi, anak-anak mestilah dibiasakan untuk meminta izin, pada masa-masa dimana seorang lelaki dan seorang perempuan sedang duduk bersama-sama, supaya anak-anak kecil ini tidak terserempak dengan sesuatu keadaan yang dia tidak sepatut melihatnya.


Adab ini mestilah diajar kepada anak-anak sebelum umur baligh mereka dan mereka mestilah mememinta izin dalam tiga keadaan iaitu


I. Di waktu sebelum sembahyang subuh kerana pada ketika itu manusia sedang tidur di atas tempat peraduan mereka
II. Di waktu tengah hari, kerana manusia mungkin sedang menanggalkan pakaiannya ketika itu, dan sedang duduk bersama-sama isterinya
III. Di waktu sesudah sembahyang isyak kerana waktu itu adalah waktu tidur dan waktu berehat


Sekiranya anak-anak sudah baligh dan cukup akal, maka wajiblah kepada para ibu bapa dan pendidik untuk mengajar mereka meminta izin pada ketiga-tiga waktu tersebut sesuai dengan firman Allah yang bermaksud


“Dan apabila anak-anakmu telah sampai umur baligh, maka hendaklah mereka meminta izin, seperti orang-orang yang sebelum mereka meminta izin. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

Anak-anak kecil sebelum baligh lagi sudah diarahkan untuk meminta izin untuk memasuki bilik tidur, jadi bagi ibu bapa, peraturan ini perlulah dilaksanakan di dalam rumahtangga. Maka, pengasingan bilik tidur antara anak-anak dan ibu bapa perlulah dibuat sejak anak-anak kecil. Jika masih tidur sebilik, bagaimanakah kita dapat mengajar anak-anak tentang adab meminta izin ini?

Melalui pengamatan saya, setelah berkecimpung di dalam arena pendidikan anak-anak selama hampir sepuluh tahun, saya dapati ramai di kalangan ibu bapa yang melihat proses mengasingkan anak-anak tidur dari bilik ibu bapa sebagai satu perkara yang remeh.

Saya mendapati ramai ibu bapa yang masih tidur sebilik dengan anak-anak walaupun anak-anak telah menjangkau usia lima dan enam tahun, bahkan saya juga pernah bertemu dengan anak yang masih tidur di bilik ibu bapa walaupun sudah berumur tujuh atau lapan tahun.

Saya ingin menarik perhatian ibu bapa diluar sana tentang satu peristiwa yang saya lalui sendiri.


Pada suatu hari, seorang guru datang menemui saya.

“Kak syifa, ada seorang pelajar lelaki lima tahun dari kelas saya selalu berkelakuan yang tidak sopan terhadap rakan-rakan perempuannya. Saya dah cuba untuk menasihatinya, tetapi ia tidak memberi kesan. Dia tetap melakukan perkara yang sama berulang kali, dan ia sangat membimbangkan saya.” Cikgu Ida memulakan cerita dengan wajah penuh kebimbangan. Saya mendengar dengan teliti.


“Kelakuan yang tidak sopan? Dia buat macammana?” Hati saya sudah berdetap kencang, namun saya cuba mengawal perasaan agar kebimbangan saya itu tidak menambah kerisauan yang bersarang di dalam diri Cikgu Ida. Cikgu Ida merupakan seorang guru yang sangat prihatin, apa jua masalah yang berlaku di tadika, pasti akan dibawa berbincang untuk menyelesaikannya.


“Dia buat benda-benda yang tak senonoh la kak, saya nak cerita pun rasa malu.” Cikgu Ida cuba berbahasa dengan saya, wajahnya tertunduk mungkin tidak sanggup hendak menceritakan perihal anak muridnya itu.


“Dia buat macamana Ida? Akak tak boleh nak tangkap apa yang Ida cakap ni. Demi kebaikan anak-anak di tadika kita ni, cuba Ida ceritakan apa yang berlaku sebenarnya.” Saya memujuk Cikgu Ida untuk bercerita dengan lebih jelas. Perkataan ‘tidak senonoh itu terlalu umum untuk saya terjemahkan.


“Mmm… Mmm… Dia suka cium dan pegang-pegang budak perempuan la kak… Pelajar-pelajar perempuan selalu mengadu dengan cikgu-cikgu, saya bimbang jika perkara ini berlarutan ibu bapa akan membuat aduan, dan saya bimbang jika pelajar perempuan yang diganggu itu tidak mahu lagi ke sekolah.”


Saya mengangguk-angguk sambil menumpukan sepenuh perhatian kepada aduan beliau.
“Baru-baru ini, dia bermain dengan kawan-kawan di bawah meja, kemudian tidak semena-mena dia mencium pipi seorang budak perempuan ni, pelajar-pelajar lain yang melihat kejadian ini menjerit-jerit memberitahu cikgu-cikgu manakala pelajar perempuan tadi sudah menangis, mungkin terasa malu dan tidak selesa dengan kelakuan rakannya itu tadi.”


“Bila cikgu-cikgu bertanya kenapa dia buat begitu, dia hanya terkulat-kulat memandang cikgu dan hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu bercakap, cikgu –cikgu sudah menasihatinya dan berpesan kepada pelajar-pelajar lain agar tidak melakukan perkara yang sama. Namun, ia berulang lagi tengahhari tadi. Nampaknya kita perlu melakukan sesuatu untuk membendung perkara sebegini.” Panjang lebar Cikgu Ida menjelaskan kepada saya. Saya menelan air liur yang terasa pahit.


“Oh begiitu, ada apa-apa lagi kelakuan yang tidak menyenangkan?” Saya bertanya lagi


“Mmm… Dia juga selalu menyebut-nyebut perkatan “cium mulut”.. Ish akak, saya nak sebut pun malu rasanya.” Merona warna kemerahan di wajah Cikgu Ida, malu. Tersirap juga darah saya dibuatnya. Tidak menyangka anak sekecil lima tahun sudah tahu perkataan-perkataan sebegitu. Saya beristighfar berulang kali.


“Berat juga masalah ni, tapi Insya Allah masih boleh diubati dan diselesaikan. Insya Allah, sama-sama kita hadapi masalah ini dengan berhikmah dan bijaksana.” Saya menutup perbincangan dengan menawarkan diri untuk menyelesaikan masalah ini secara serius.


Selepas perbincangan saya dengan Cikgu Ida hari itu, saya banyak meluangkan masa untuk melihat sendiri apa yang dilakukan oleh pelajar tersebut tanpa dia menyedari dia sedang diperhati. 


Setelah beberapa waktu menyiasat perkara tersebut, terkejut saya apabila saya bertanya : “Kamu tengok siapa buat macam ni? Kamu tengok di televisyen?”


Anak kecil itu menggeleng lalu berkata: “Ibu dan ayah.” Terkedu saya sebentar lalu beristighfar panjang.


“Kamu tidur di bilik kamu atau di bilik ibu ayah kamu?” Saya bertanya lagi


“Bilik ibu ayah.” Pendek sahaja jawapannya


Bagi menyelesaikan masalah tersebut, saya tiada cara lain selain memanggil ibu bapa berkenaan untuk berbincang, dan ternyata ibu bapa itu sendiri terkejut kerana mereka membayangkan bahawa anak-anak sudah tidur sewaktu mereka ‘bersama’.


Kisah-kisah sebegini sebenarnya banyak saya dengar dari rakan taulan pengusaha tadika yang lain. Bahkan satu kisah yang lebih teruk saya dengar, seorang pelajar lelaki telah duduk di atas perut seorang pelajar perempuan ketika pelajar itu tidur kerana melihat bapanya berbuat begitu terhadap ibunya. Na’uzubillah.

Perkara sebeginilah yang perlu kita elakkan, jangan biar sudah berlaku sedemikian, baru lah kita ingin mengambil tindakan. Pada saya, bukan mudah untuk membaiki keadaan, kerana anak itu berkelakuan sedemikian diatas faktor pernah melihatnya sendiri. Malah, ia dilakukan oleh orang yang paling mereka percayai iaitu ibu bapa mereka sendiri! Bagi mereka apa yang dibuat oleh ibu bapa bukanlah perkara yang salah.


Yang lebih membimbangkan, anak kita bukanlah seperti komputer yang boleh kita hapuskan sahaja maklumat yang tidak kita ingini lagi dengan menekan butang ‘delete’. Sekali ia tersimpan di dalam memori mereka, apakah caranya untuk memadamkannya?

Oleh itu wahai ibu bapa yang budiman, asingkanlah anak-anak dari bilik tidur kalian seawal mungkin, iaitu apabila anak sudah pandai meniru kata-kata dan tingkah laku kita. Walaupun ia proses yang agak sukar, namun kita mestilah serius untuk menjayakannya.


Jangan biarkan nasi menjadi bubur, kerana kita tidak tahu mungkin anak kita tersedar dari tidur dan terlihat perkara yang tidak sepatutnya. Berjaga-jagalah dari awal lagi.


Oleh itu, bagi kita umat Islam yang meyakini bahawa Al-Quran adalah manual kehidupan yang paling lengkap dan terbaik, kita perlulah meyakini bahawa Islam amat mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak dari sejak mereka mula mengenal sifat malu, dan akhlak pergaulan yang baik serta budiperketi Islam yang mulia. 


Sehingga, apabila anak mencapai usia remaja, dia akan menjadi satu contoh teladan yang mulia dalam kelakuan dan akhlaknya.


Betapa kerap berlaku sesuatu yang memalukan, apabila si anak masuk ke dalam bilik tidur, dan terserempak melihat kedua ibu bapanya sedang asyik dalam perhubungan seks. Kemudian si anak itu keluar dari situ seraya bercerita sesama teman-temannya yang kecil. Dan berapa banyak pula yang mengkhayalkan lakonan itu di dalam lintasan fikirannya ketika gambaran itu berulang di dalam otaknya


Dan betapa banyak pula anak yang menyeleweng disebabkan dari kecil telah merasa keinginan kepada seks dan telah melihat bagaimana caranya berhubungan seks serta merasa kelazatannya.


Lantaran itu, maka wajiblah atas ibu bapa dan para pendidik teguh dengan adab Al-Quran Al-Karim dalam hal mengajar anak meminta izin sejak dia mula berakal. Mudah-mudahan anak-anak akan mempunyai akhlak yang mulia, mempunyai peribadi Islam yang berbeza dengan yang lain serta menjadi penyejuk mata kita di dunia dan akhirat.


Wallahua’lam


sila share jika bermanfaat

WAJIB BACA !!! KENAPA KITA MENYEBUT NABI IBRAHIM Dalam Tahiyat Akhir Dan bukannya nabi lain ???



Setelah Allah swt menciptakan manusia yang pertama iaitu Nabi Adam (as), kalimah pertama yang dilihat oleh Nabi Adam (as) adalah لا إله إلا الله محمد رسول الله, lalu Nabi Adam (as) bertanya kepada Allah (swt) tentang siapakah ‘Muhammad‘ itu????

Lantas Allah (swt) menjawab beliau (Muhammad saw) adalah penutup segala nabi dan rasul dan paling mulia di antara mereka semua (rasul). Umat nabi saw juga diberi banyak kemuliaan berbanding umat-umat yang lain..


Diceritakan bahawa Nabi Adam (as) berkata : Sesungguhnya Allah memberi 4 macam kemuliaan kepada umat Nabi Muhammad SAW yang tidak diberikan kepadaku, iaitu:

1. Penerimaan taubatku di Makkah, sedangkan umat Muhammad boleh bertaubat di mana-mana tempat...

2. Aku berpakaian ketika aku melakukan dosa, kemudian Allah menjadikanku telanjang bulat. Sedangkan umat Muhammad tetap diberi pakaian , meskipun dia derhaka kepada Allah dalam keadaan berte lanjang...

3. Ketika aku berbuat dosa, Allah memisahkan aku dan isteriku (Adam di kaki gunung Himalaya, Hawa di Jeddah) sedangkan umat Muhammad yang berbuat dosa tidak dipisahkan dari isterinya..

4. Aku berbuat kesalahan di syurga lalu Allah mengusirku dari syurga ke dunia, sedangkan umat Muhammad berbuat dosa di luar syurga, Allah tetap memasukkan mereka ke syurga apabila mereka bertaubat....

Menyedari ketinggian darjat Nabi Muhammad (saw) di sisi Allah (swt), Nabi Adam (as) memohon kepada Allah (swt) agar diberi anugerah iaitu cukuplah sekadar menjadi umat Nabi Muhammad (saw). Namun demikian, Allah (swt) menolak permintaan Nabi Adam (as) mentah-mentah....




Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain seperti Nabi Musa (as). Sehinggakan Allah (swt) sendiri menegur sikap nabi Allah Musa (as) agar redha dengan apa-apa yang dikurniakan oleh Allah (swt) kepadanya. Dalam banyak-banyak nabi yang memohon untuk menjadi umat Nabi Muhammad (saw), hanya ada seorang nabi sahaja yang Allah (swt) perkenankan permohonannya tetapi bukan semua, hanya sebahagian daripada permohonan itu Allah (swt) terima....

Beliau adalah Nabi Ibrahim (as). Secara dasarnya, Allah (swt) tidak memperkenankan permohonan nabi Ibrahim (as) untuk menjadi umat Nabi Muhammad (saw) tetapi Allah (swt) menjanjikan kepada nabi Allah Ibrahim (as) yang nabi Muhammad (saw) akan lahir daripada salasilah atau keturunan nabi Ibrahim (as) sendiri dan nama nabi Ibrahim (as) juga akan meniti di bibir-bibir umat nabi Muhammad (saw) iaitu bermaksud nama nabi Ibrahim (as) akan selalu disebut-sebut oleh umat Rasulullullah (saw)....

Maka, atas sebab itulah kita SUNAT untuk menyebut nama Nabi Ibrahim (as) dalam solat lima waktu kita iaitu semasa bacaan tahiyat akhir seperti dijanjikan oleh Allah (swt) kepada nabi Ibrahim (as) seperti berikut:


بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
Selawat Ibrahimiyah adalah selawat yang dibaca pada separuh kedua dalam bacaan Tahiyyat Akhir di dalam solat....

Selawat Ibrahimiyah dalam Tahiyat Akhir adalah :

-Versi Syafie (Imam syaraf anNawawi: Syarah Muslim (4/123), anda hanya perlu membaca Selawat atas Nabi sahaja. Selawat atas keluarga baginda dan selawat Ibrahimiyah adalah sunat (optional)

-Versi Maliki dan Hanafi: sunat hukumnya selawat ini baik atas Nabi saw, keluarga dan ke atasn Ibrahim AS

-Versi Hambali: wajib selawat atas Nabi saw, keluarga dan selawat Ibrahimiyah (Fathul Bari: 9/163)
Begitu besar penghargaan yang Allah berikan kepada Nabi Ibrahim, sehingga selawat kepadanya disyiarkan dalam solat kita....

Selawat ini menggabungkan dua ucapan salam dan hormat ke atas kedua-dua Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim a.s. . Terdapat hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim r.a. dan Imam Ibnu Khuzaimah r.a. yang menganjurkan agar kita berselawat ke atas kedua-dua Nabi Besar SAW itu....
.
Lafaz selawat ini sebagus-bagus, selengkap-lengkap dan sesempurna lafaz ke atas junjungan Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam. Sebab itu selawat ini ditentukan bacaannya di dalam solat.
Ibnu Taimiyyah berkata, “Selawat yang paling sempurna untuk Rasulullah adalah Selawat Ibrahimiyah....”


SUMBER : mediaserius.blogspot.com

Ngeri Sangat ! 5 jenis Haiwan Yang Boleh Masuk Ke Dalam Badan Dan Membiakkan Diri

manusia mati
 5 Haiwan Yang Boleh Masuk Dan Membiak Dalam Tubuh Manusia Yang Wajib Anda Tahu|ini adalah lima haiwan menyeramkan  yang boleh masuk kedalam tubuh manusia karena kurang berhati hati dalam membuat aktivitas seharian,5 haiwan ini akan masuk melalui daerah daerah yang tidak dijangka seperti dubur,lubang kemaluan dan lainnya.

Dilansir dari sejumlah media seperti surat kabar the Daily Mail dan Mirror, mereka tidak menyadari kehadiran hewan-hewan kecil itu hingga akhirnya mengalami keluhan dan kesakitan yang mengerikan.
Berikut adalah Lima biatang yang Aneh tapi nyata Masuk dan hidup di tubuh Manusia:
1.Ngengat tiga hari terbang di kepala lelaki Inggris
download2
Seekor ngengat (sejenis rama rama) masuk kekepala lelaki ini melalui lubang telinga selama tiga hari.mangsa Rob Fielding yakin hewan itu terbang mengelilingi bagian dalam kepala dia.
Haiwan itu masuk saat dia tengah membaca buku di teras rumah. Awalnya dia mendiamkan namun akhirnya tak tahan akibat suara ngengat di kepalanya menjadi sangat bising. Akhirnya dengan bantuan doktor bedah hewan itu berjaya  dikeluarkan dan, aneh sungguh, binatang itu masih sehat dan masih boleh terbang.

2.Belut rawa masuk kedalam dubur lelaki china.
belut
Seorang lelaki china menghadapi pembedahan setelah dilaporkan ada seekor belut rawa sepanjang 20 inci hidup terjebak dalam rongga tubuhnya.
Belut tersebut dilaporkan telah mengunyah bangian usunya dan melubangi bagian usus besar akibat terjebak di dalam rongga tubuh.difahamkan lelaki itu mengaku sengaja memasukkan kepala belut ke dalam duburnya karena ingin meniru aksi filem porno yang di tontonya pada ketika itu,ketika saya asik melakukannya belut itu terlepas dari tangan saya ujarnya.
3. belatung Hidup dan Bertelur di telinga seorang wanita tua
belatung
Catherine McCann nenek yang berasal dari inggeris,nenek ini sememangnya membuat para doktor terkejut selepas beliau membuat pemeriksaan telinganya yang selalu terasa gatal sejak seminggu sebelum dibawa kehospital.
Catherine yang tinggal di rumah asuhan orang tua itu awalnya tidak mengetahui ada belatung di telinganya. Dia hanya menggaruk sebab terasa sangat gatal. Setelah diperiksakan oleh doktor ,di dapati 57 ulat belatung hidup di dalam telinga nenek itu.Diduga hewan ini berasal dari lalat pernah hinggap ke dalam telinga Catherine dan bertelur di sana.
kes yang sama di india
ulat
india ,kepala seorang lelaki peternak lembu di penuhi ulat belatung sebanyak lebih dari 380 ekor belatung hidup dikepalanya,setelah doktor membuat rawatan ianya berpunca daripada lalat yang bertelor di luka bagian kepala sebelum ini.setelah lalat bertelor di bagian kepala kemudian ia menetas dan ia akan membiak dengan memakan danging bagian kepala sehingga lama kelamaan ia nampak seperti berlubang.ujarnya
4.Belut kecil masuk ke lubang kemaluan Laki-laki China
belut kecil
lelaki dari China bernama Zhang Nan. Awalnya lelaki itu hendak berendam di sebuah kolam spa yang diisi banyak belut ukuran sekitar 15 cm.lelaki itu berharap dengan masuk ke sana sel-sel kulit matinya bakal habis dimakan belut.
Namun tak disangka salah satu belut berjaya masuk ke lubang kemalauan Zhang. Lelaki itu merasa nyeri dan seolah ada yang menusuk tajam ke bagian kejantanannya. Awalnya dia bisa menangkap ekor belut itu namun terlalu licin akhirnya haiwan tersebut menghilang masuk ke dalam dan membuat nyawa Zhang terancam .
Mangsa dilarikan kehospital setelah menjerit kesakitan,pembedahan dilakukan semala 4 jam dan belut berjaya di keluarkan namun sayang zhang maut dalam keadaan yang cukup mengerikan.

Ikan Candiru masuk memalui lubang kemaluan lelaki di Brasil
cacning
Sebuah buku catatan seorang mangsa mengatakan ketika dia tengah mandi dan membuang air kecil di sungai mazon bertarikh 1997 tiba tiba kemaluannya terasa nyeri dan pedih dimana ikan itu masuk melalui saluran kencing,jenis ikan ini dikatakan mempunyai gerigi tajam menghadap kebelakang di bagian keseluruh badan,apabila ia sudah masuk ketempat yang sempit dan lembut maka dia akan susah untuk keluar.
Candiru, Ikan ini hidup di sungai hutan Amazon Brasil dan ukurannya sangat kecil, hanya dua sentimeter. Namun hewan ini dinobatkan sebagai pembunuh paling berbahaya sejagat.jika korban tidak segera membuat pembedahan maka ikan akan memakan bagian-bagian yang lembut pada kemaluan dan berkemungkinan besar mangsa akan meninggal.